PERASMIAN PELANCARAN TABUNG PEMBANGUNAN INSAN OLEH :
YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.
bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

INFO DANA



MATLAMAT
Mengumpul dana dalam melaksanakan pelbagai  aktiviti dalam Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid  dan Pengurusan Kokurikulum.

OBJEKTIF
1
Mengumpul  dana bagi membantu semua Program Kecemerlangan Pengurusan  Kurikulum, Pengurusan  Hal Ehwal  Murid  dan Pengurusan Kokurikulum.
2
Membantu bagi pengurusan kewangan untuk aktiviti kemenjadian pelajar dalam akademik, disiplin dan sukan di sekolah.
3
Membantu Alumni  bekerjasama dengan sekolah untuk menjana kecemerlangan pelajar

SASARAN
Semua pengunjung Portal SMK Benut dan bekas pelajar SMK Benut.

FOKUS
Fokus utama kepada bekas pelajar SMK Benut yang ingin menyumbang kepada sekolah  melalui akaun PIBG.

STRATEGI  PELAKSANAAN
1
Perbincangan dengan pentadbir.
2
Pembentukan jawatankuasa pelaksana Tabung Pembangunan Insan.
3
Penyediaan kertas Kerja dan bahan untuk dimuatkan dalam Portal sekolah.
4
Alamat untuk melayari Tabung Pembangunan Insan (TAPIN) ialah
http:// tapinsmkbenut.blogspot.com.
5
Pelancaran Tabung Pembangunan Insan pada 3 Mac 2012 dan dilancarkan oleh :
Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap  Ketua Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Pontian.
Tempat Pelancaran: Dewan Baiduri SMK Benut.
Jangka Masa bermulanya Tabung Pembangunan Insan dari 3 Mac 2012.